Tuesday, 10 April 2012

SLIM DIET II (SD2)

ADAKAH ANDA DALAM KATEGORI DI DALAM KERATAN AKHBAR INI? INGIN MENGUBAH PENAMPILAN ANDA??



Persediaan yang mantap sebelum berdiet dan kurus bersama SLIM DIET 2.

Nak diet? kita tak boleh diet dengan cara membabi buta, maksudnye, hari ini nak diet, esok tak nak, kejap on, kejap off, ( Diet SLIM DIET 2 (SD2) memerlukan masa 2 hari untuk menghilangkan gula dalam badan, jadi tidak boleh nak on & off diet ANDA ok!) 

Panduan utk buat persediaan yang mantap sebelum berdiet:

1. Target:
    Berat yang kamu inginkan dan masa yang diperlukan. penting!! ada segelinter yang 
    berdiet,, minggu ni diet, minggu depan tak mahu diet, ALASANNYA.. .'ada rumah 
    terbuka la, kenduri la, orang belanja makan la (makan free memang sedap).. 

2. Cari ILMU:
    Kena kaji jenis diet yang anda ingin lakukan, cari la apa saja MAKLUMAT yang ada 
    kena mengena dengan diet yang anda ingin lakukan, contohnya diet Atkins, diet 
    SD2 ada persamaan dengan diet Atkins, jadi anda boleh cari maklumat pasal 
    ketosis, air  kosong, khasiat telur, dan sebagainya. Carilah apa saja tentang 
    diet, apa2 kita nak buat, kena ada ilmu, baru boleh berjaya. 

3. Berfikir secara positif:
    Saya perhatikan ada sesetengah orang yang dah berjaya kurangkan saiz badan, 
    bila saiz badan dah kecil, tapi takut nak buat baju atau beli baju saiz kecil..takut 
    gemuk balik!! (patut ke kita berfikir macam ni?? sedangkan kita mempunyai azam 
    untuk kurus??) kalau boleh jangan ada pemikiran seperti itu, cuba berazam "aku 
    takkan pakai baju ni lagi" kalau boleh buang je baju-baju tersebut. if berkenan 
    satu baju ni, tapi tiada saiz besar, mulakan beli saiz yg kecil sikit, janji boleh pakai
    dan fikirkan satu hari nanti anda akan dapat memakai baju tersebut dengan selesa 
    (pasti anda akan tersenyum dan lebih bersemangat) .

4. Abaikan MULUT ORANG:
 Bersedia untuk menerima pelbagai kritikan, kutukan, atau kata-kata yang buat anda 
 tidak  bersemangat. Kita perlu ambil kritikan, kutukan serta sebagainya yg sering kita  
 dengari sebelum ini, dengan beralih kepada pemikiran positif ambil sebagai iktibar, 
 kata-kata perangsang, kata-kata semangat untuk membakar semangat ANDA untuk 
 maju ke hadapan dan menurunkan berat badan yang anda idamkan. 





Ayat-ayat sering anda dengari:

  • Betul ke cara awak diet ni?
  • Saya tengok awak tak kurus-kurus pun.
  • Tak perlu la kurus sangat, awak dah cantik dah macam ni...
  • Membazir duit je beli "SUSU KURUS NI", Baik minum air kosong je.

Tapi bila ANDA gemuk / obesiti / overweight:
  • Gemuknya awak ni.
  • Sudah-sudahla makan tu, banyak sangat awak makan ni.
  • Tak perlu la diet, Awak diet macam mana pun tak akan turun.
  • Awak ni dah gemuk sangat ni, nanti banyak penyakit yang datang.
  • Aduh!, patah springkereta saya ni.

Dan macam-macam lagi..tak sampai hati nak tulis di ruangan ini..Pedulikan apa orang nak kata dan bercakap. Fikir positif je, buktikan pada orang yang rimas tengok kemajuan ANDA dan semangat ANDA. Lumrah hidup dan kadang-kadang ada orang cemburu bila nampak kita berusaha untuk langsing dan sihat. adat manusia, bila gemuk orang mengata, nak kurus pun orang mengata, kurus pun ada juga orang mengata. jadi.. teruskan je rutin diet sihat anda. Sampai BMI anda normal. Yang pastinye.. anda empunya badan... initiatif diri anda sendiri. Jadi, anda bertanggungjawab ke atas badan anda serta menjaganya. Hiraukan apa yang anda dengar dari mulut orang lain. Hasilnya kita yang akan nikmati.. bukan orang lain.

5. Catatkan semuanya:
    maksudnya.. setiap penurunan, sila catat tarikh, berat,saiz dalam diari anda supaya 
    boleh jadi rujukan anda kemudian hari. 6. Cari kawan - cari kawan, untuk sama 
    berdiet, jadi bila bersaing.. anda akan rasa lebih semangat, TETAPI bersaing 
    secara sihat ok. Diet SLIM DIET 2 ini tidak susah sebenarnya. Yang susah 
    adalah untuk mengawal diri kita dan mengekalkan kesungguhan kita, jikalau 
    tak turun.. salahkan diri sendiri.. bukan salahkan cara diet dan produk atau 
    membuat alasan "badan aku memang susah turun,lemak tepu la...bla bla bla." 
    orang lain boleh, kenapa anda tidak? tiada jalan senang untuk dapat 
    sesuatu kepuasan, kesabaran hasilnya adalah kepuasan dikemudian 
    hari.. BERUSAHALAH sementara masa masih ada... kena la sabar, 
    usaha, tawakal.

No comments:

Post a Comment